Buruj yang mudah dilihat.....
buruj Biduk...
Beruang Besar atau Ursa Major (UMa) ialah sebuah buruj yang terlihat sepanjang tahun di kebanyakan kawasan dihemisfera utara. Buruj ini boleh dilihat dengan paling baik pada bulan April. Buruj ini didominasi oleh asterisme yang dikenali dengan meluas dengan Gayung Besar, Biduk, Bajak, dan Jong yang menjadi penunjuk penting ke arah utara, dan mempunyai keertian mitologi dalam sebilangan budaya di seluruh dunia.
..dan sangat jelas kiranya melihat langit malam jika berada di hemisfera utara ini, akan 7 buah bintang yang saya kira terang setiap tahun (kecuali ketika awan berarak). Bintang yang sudah lama menjadi penanda arah laluan kepada pelayar di zaman silam. Ianya sangat jelas dan mencuri pandangan kita taktala melihat langit sehingga formasinya diberikan berbagai nama oleh setiap tamadun manusia. Ianya juga dikaitkan dengan baerbagai-bagai bentuk, cerita, mitos, dan lagenda.
Buruj Ursa Major, Big Dipper, Big Bear, Plough dan bermacam-macam lagi sehingga hampir setiap bahasa mempunyai nama tersendiri untuk buruj ini.
Dan tak terkecuali dengan bahasa Melayu. In fact, dalam bahasa Melayu buruj ini punya dua nama; buruj Biduk atau juga dipanggil buruj Senduk.
Biduk?
Ianya adalah sejenis sampan yang digunakan orang dahulu bagi pengangkutan di sungai. Pernah dengar peribahasa 'biduk berlalu kiambang bertatut'? Peribahasa itu dicipta kerana pabila kita berkayuh biduk melalui satu kawasan yang dipenuhi tumbuhan kiambang (sejenis tumbuhan yang hidup di permukaan air), biarpun semasa melalui kawasan itu kiambang-kiambang itu seakan-akan berpecah dua di saat biduk melaluinya, setelah biduk melaluinya pohon-pohon kiambang itu akan bertaut semula seolah-olah melekit. Ianya digunakan bagi menunjukkan perpaduan, di mana apa sahaja yang terjadi kita tak akan berpecah belah, sama seperti kiambang yang bertaut semula pabila dibelah biduk.
Senduk?
Hmmm.. Tiada apa yang hendak diceritakan. Mungkin kerana orang masa dahulu terlalu maju dengan pertanian, sehinggakan makanan menjadi tersangat banyak. Maka dengan kemajuan ini muncul hierarki masyarakat dan masyarakat sudah mula tidak risau akan perut mereka dan mula peduli dengan lidah. Maka dengan ini mereka mahukan makanan yang lazat, dan ini meningkatkan kemajuan dalam bidang masakan sehinggakan semua yang dilihat dikaitkan dengan makanan dan alat masakan, termasuklah buruj di langit, haha.
Ok kita biarkan perkara mengarut itu di belakang dan kita kembali kepada buruj biduk.
Buruj biduk terkenal dengan panggilan big dipper di barat, kerana ianya menyerupai beruang. Nama Latin Ursa Major juga bermaksud beruang besar. Ianya jelas di langit pada waktu malam yang terang kerana bintangnya yang rata-rata terang.
Bagi yang sudah tidak ingat bagaimana rupa buruj biduk yang kita belajar di darjah 5 dahulu, ianya kelihatan seperti ini,
OK, itu rajah bintang yang belum dibuat garisan. Pabila digariskan ianya jadi seperti ini.
Pernah lihat bukan semasa di sekolah? Saya tak jangkakan anda menyangkakan saya akan melukis seekor beruang di atas itu seperti yang ada dalam buku teks, tapi jika anda cari di internet akan ada banyak gambar buruj ini. Buruj ini hanyalah di bahagian ekor beruang itu, yang merupakan sebahagian dari buruj Ursa Major.
Bagi saya jika anda berada di hemisfera utara tetapi tidak pernah menyedari akan kewujudan buruj ini, ianya adalah sangat merugikan kerana anda akan terlepas peluang yang sangat berharga bagi mencerap langit utara. Anda terlepas melihat sesuatu yang sejak beribu tahun menjadi obsesi setiap tamadun dan berbilion manusia.
7 bintang yang sangat terkenal di langit utara.
Jika di Malaysia, ianya sedikit sudah untuk dilihat kerana buruj ini berada di ufuk.
Jika di sini? Pada waktu tengah malam ianya akan berada terpacak di atas kepala anda.
Cara melihat buruj ini yang terdiri dari 7 bintang adalah mudah. Jika anda melihat langit malam kira pukul 11 malam buruj ini berada hampir 90 darjah di atas kepala ini. Bintang-bintang buruj ini juga selalunya berkilau dengan kecerahan yang lebih jelas dari bintang lain. Maka saya rasa tiada sebab untuk anda terlepas pandang buruj ini.
Di Leeds, pada kira-kira pukul 11 malam, buruj biduk kelihatan seperti ini.
Buruj Scorpio...
Scorpio (♏) merupakan zodiak kelapan daripada dua belas tanda-tanda zodiak astrologi dan ianya berasal dari burujyang mempunyai nama yang sama, iaitu buruj Scorpio.
Individu yang lahir ketika matahari berada di tanda ini dikenali sebagai "individu Scorpio". Scorpio dianggap sebagai zodiak feminin oleh ahli astrologi moden. Menurut ahli astrologi purba, Scorpio dijajah oleh planet Marikh, tetapi pendapat mereka bercanggah dengan pendapat ahli astrologi moden yang mengatakan Scorpio sebenarnya dikawal oleh planet Pluto. Nama sanskrit bagi Scorpio dalam astrologi Hindu ialah Vṛścika.
Buruj Belantik...
Belantik, Pemburu, buruj Tiga Beradik, Beluku atau Waluku, Bajak, Jabar (Bahasa Arab: الجبار, al-Ǧabbār), atauOrion (Ori) ialah nama bagi sebuaH daripada 88 buah buruj di langit. Secara kasarnya, buruj ini terdiri daripada tujuh buah bintang utama yang lebih terang daripada bintang lain di sekitarnya. Empat daripadanya membentuk segiempat tepat manakala tiga lagi terletak sederet melintang di tengah-tengah segiempat tepat itu. Berdasarkan bentuknya itu, orang Melayu di Nusantara menamainya Belantik iaitu sejenis alat perangkap binatang, misalnyaperangkap tikus. Tiga bintang sederet itu dipanggil oleh orang Melayu sebagai Bintang Tiga Beradik.
Belantik boleh dilihat di langit malam dari bulan Disember hingga Mac.
Nama lain bagi Belantik[sunting | sunting sumber]
Belantik dikenali sebagai Orion dalam bahasa Latin dan bahasa Yunani, iaitu nama pemburu dalam legenda Yunani purba. Mengikut sudut pandangan di Eropah, empat buah bintang yang membentuk kerangka luar segi empat tepat buruj ini kelihatan seperti susuk tubuh manusia (dengan tambahan beberapa bintang lebih malap di luar segiempat ini); Bintang Tiga Beradikpula membentuk tali pinggang pemburu itu. Di bawah Bintang Tiga Beradik, terdapat pula beberapa buah bintang malap, kononnya membentuk pedang (atau sarung pedang) pemburu itu.
Dalam bahasa Tagalog, buruj ini dipanggil Balatik manakala dalam bahasa Arab, buruj ini dipanggil al-Ǧawzāʾ (Bahasa Arab: الجوزاء) yang bermakna "yang di tengah-tengah",[1] tetapi juga dikelirukan dengan buruj Gemini (Kembar), atau al-Ǧabbār (Bahasa Arab: الجبار) yang bererti "perkasa" atau "gergasi".
Buruj Pari........
Pari, Tohok, Palang, Salib, Palang Selatan, Salib Selatan, atau Crux (Cru), terletak jauh di langit selatan, ialahburuj terkecil tetapi antara yang paling terkemuka daripada 88 buah buruj moden. Namanya dalam bahasa Latinbermaksud palang atau salib, dan buruj ini didominasi oleh asterisme berbentuk palang yang kerap dikenali sebagaiPalang Selatan. Sungguhpun boleh dilihat oleh orang Yunani Purba, buruj ini dilihat sebagai sebahagian daripada buruj Centaurus (Sentaur), dan tidak ditakrifkan atau dipetakan dengan tepat sehingga abad ke-16.
Dikenali sebagai Acrux, Alpha Crucis biru-putih ialah bintang tercerah buruj ini dan bintang bawah bagi palang. Yang hampir-hampir secerahnya ialah Beta dan Gamma, sementara Delta dan Epsilon membentuk asterisme. Banyak bintang lebih cerah dalam buruj ini merupakan anggota Sekutuan Kala–Sentaur, sekelompok longgar bagi bintang-bintang biru-putih panas yang kelihatan mengongsi asal usul dan pergerakan sepunya di sepanjang Bimasakti. Kedua-dua sistem bintang telah ditemui mempunyai planet. Buruj ini juga mengandungi empat buah bintang berubah Cepheid yang boleh dilihat dengan mata kasar dengan keadaan optimum. Crux juga mengandungi Peti Permata, sebuah gugusan terbuka cerah, dan Nebula Karung Hitam, nebula gelap paling prominen di langit.
No comments:
Post a Comment